
Sulit
4 tahun
Kolesterol Tinggi dan darah tinggi
Saya wanita berumur 30tahun. Saya penghidap darah tinggi. Dan sekarang sy makan ubat perindrophil dan propranolol. Baru-baru ni saya checkup di kk, doktor beritahu bahawa kolesterol saya tinggi. Adakah bahaya untuk saya yang menghidap darah tinggi? Apakah rawatan dan ubat yg baik?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, kolestrol yang tinggi boleh menyebabkan masalah jantung dan memburukkan lagi masalah darah tinggi yang sedang dialami sekiranya tidak dikawal. Oleh itu kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan bagi masalah kolesterol anda juga.
Berikut merupakan komplikasi kolesterol tinggi dan darah tinggi:
- Masalah jantung
- Penyakit buah pinggang
- Strok
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai persoalan anda anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami pada link di bawah untuk bercakap dengan doktor kami secara PERCUMA. Terima kasih.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!