
Sulit
3 tahun
Konfius sama ada period atau ada masalah lain
Sy 1/11 ada macam tompok darah warna coklat then hari kedua pun sama… Ketiga tiada darah tp hari ke empat berdarah balik tp x bnyak lepastu hari kelima semalam darah bnyak dari hari ke empat… Apa kah itu normal? Dan sekarang saya rasa sakit perut…period untuk bulan lepas 11/10/2021 habis 17/10/2021…dalam sepanjang berdarah tiada darah ketul²…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Usia
- Berat badan terlalu rendah
- Tekanan emosi atau stress
- Gangguan hormon
- Policystic ovary syndrome (PCOS)
- Fibroid dalam rahim
- Kesan penggunaan ubat-ubatan tertentu
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan