
Sulit
4 tahun
Konsepsi dengan ovulasi
Saya wanita 30an
Bole tak saya nak tau sekiranya ovulasi pd 22hb kebarangkalian untuk konsepsi pada 25 hb? Atau pd 25hb tu bersama suami dan bole menyebabkan konsepsi berlaku… Walau setelah ovulasi tamat

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, secara umum, untuk mengetahui hari ovulasi atau waktu subur wanita adalah berdasarkan kitaran haid. Kitaran haid yang normal dan biasa ialah setiap 28 - 30 hari. Hari pertama anda datang haid dikira sebagai hari pertama. Sekiranya haid seterusnya datang pada hari ke-28, maka anda mempunyai kitaran haid biasa setiap 28 hari. Waktu subur wanita dengan kitaran haid 28 hari adalah hari ke-13 hingga hari ke-15 dari hari pertama anda datang haid. Contohnya, jika anda datang haid pada 1 Mac, maka waktu subur/ovulasi anda adalah 13 Mac hingga 15 Mac. Kehamilan ada kemungkinan berlaku 12-24 jam setelah ovulasi dan ia juga bergantung kepada ketahanan jangka hayat sperma. Untuk mendapat kepastian, anda boleh melakukan ujian kehamilan / UPT (Urine Pregnancy Test) bagi mengetahui status kehamilan anda.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih