Sulit
4 tahun
Kontak kasual bergejala boleh hadir ke PPV untuk suntikan vaksin dos ke-2?
Tidak mengalami sebarang gejala.
Perlu untuk kuarantin ??
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Kami memahami anda ialah kotak kasual yang tidak mengalami sebarang gejala dan ingin megetahui jika anda boleh hadir ke PPV untuk mendapatkan suntikan vaksin. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, kontak kasual mempunyai risiko yang rendah untuk jangkitan Coronavirus. Oleh itu, anda tidak perlu kuarantin, tetapi anda perlu memantau tahap kesihatan anda untuk 14 hari dan perlu rujuk kepada doktor sekiranya bergejala. Anda boleh menghadiri temujanji vaksin anda. Namun, sekiranya ada mendapat gejala sebelum mendapatkan vaksinasi, sila rujuk kepada CAC yang berdekatan supaya anda dapat dibantu dengan lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































