Sulit
4 tahun
Kontak kasual tidak gejala
Hai. Saya anida.adik saya disahkan posotif covid selepas buat swab pcr di klinik swasta. Lepas tahu adik positif. Saya,anak & suami terus buat pcr test. Result negative. Adik saya positif tinggal satu rumah dengan saya. Lepas dah tahu result. Akan update kat mysejahtera kan. Tp kenapa kat sejahtera keluar status kontak kasual tidak gejala. .saya dalam kuarantin skrg. Dah 6 hari. Tapi x de panggilan dari kkm pun lagi. Adik saya baru pergi pakai gelang hari ke6. Adakah kami yg negative perlu buat swab kat swasta kalau kkm still x call kitorang. Utk confirm kami selamat. Adik plak kuarantin kat rumah. Mintak ke maeps x dapat sebab adik x gejala pun.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk makluman anda, secara umum, setelah tempoh kuarantin, anda perlu hadir ke klinik kesihatan untuk penilaian akhir dan pelepasan daripada kuarantin. Bagaimanapun, kami tidak pasti mengenai rekod kesihatan di dalam aplikasi berkenaan. Anda juga boleh menghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis ( CPRC ), untuk info lanjut.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
[email protected]
Jika anda mempunyai keraguan atau pertanyaan tambahan, sila klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk mendapat penerangan dan nasihat selanjutnya. Terima kasih
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































