Sulit
5 tahun
Kontak Rapat Bagi Bekas Pesakit Covid
Sy ada bekas pesakit covid-19, disahkan positive pada 25/4/2021 dan telah pun mendapat surat pelepasan kuarantin drpd kkm pd 3/5/2021dan baru shja mula bekerja. Namun, salah seorg rakan sekerja sy telahpun disahkan positif dan sy adalah slh sorg kontak rapat. Adakah sy masih dikira sbgai kontak rapat wlaupun sy sdh ada sejarah positifu sblum ini ( sy difahamkan jika sy buat swab test result masih akan menunjukkan positif) dan adakan sy masih perlu kuarantin?
5 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Menurut CDC, bekas pesakit COVID-19 yang telah pulih tidak perlu melakukan ujian saringan semula dan kuarantin jika terdedah pada virus dalam 90 hari selepas didiagnos COVID-19. Namun anda disarankan juga untuk terus memantau kesihatan anda dan mengambil langkah berjaga-jaga yang disarankan. Berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia, anda digalakkan untuk melakukan langkah pencegahan seperti berikut:
- Mencuci tangan dengan sabun dan air.
- Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
- Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan COVID-19
- Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
- Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
- Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
[email protected]
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini


































