Sulit
4 tahun
Kontak rapat covid negatif untuk swab pertama
Saya tinggal serumah dengan adik saya. Rakan pejabat adik saya disahkan positif tetapi adik saya negatif. Dia masih perlu membuat swab kedua. Adakah saya juga perlu melakukan kuarantin di rumah?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami kerisauan anda melalui kenyataan diatas mengenai kontak rapat yang disahkan positif. Kami akan akan cuba membantu anda dalam perkara ini.
Untuk pengetahuna anda, lazimnya jika keputusan saringan kali pertama negatif, pesakit diminta untuk melakukan ujian saringan kali kedua untuk penilaian terakhir bagi menentukan tahap kesihatan pesakit sama ada bebas atau dijangkiti COVID-19.
Memandangkan anda menetap bersama dengan adik anda, anda disarankan untuk turut kuarantin bagi tujuan langkah berjaga-jaga dan mengelakkan penyebaran virus COVID-19. Dapatkan nasihat daripada doktor melalui talian ini.
Anda boleh hubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC) untuk mendapatkan maklumat tambahan serta pengesahan mengenai masalah anda.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
[email protected]
Anda juga boleh berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut ataupun nasihat yang seterusnya.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































