
Sulit
4 tahun
Kontak Rapat Positif Covid
Pakcik positif covid.
Keluarganya yg lain masih belum swab test

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Namun, secara umum, berdasarkan garis panduan Garis Panduan Covid-19 KKM. Kontak rapat di definisikan sebagai:
- Individu yang berhubung secara langsung dengan kes positif COVID-19 dalam masa 14 hari kebelakangan, sama ada:
- bersemuka dengan pesakit COVID-19 pada jarak kurang dari 1 meter
- atau bersentuhan (kontak fizikal) dengan kes COVID-19
- Individu yang tinggal serumah dengan kes disahkan COVID-19
- Individu yang duduk dekat (kurang 1 meter) dengan kes COVID-19 dalam satu premis seperti pejabat, kelas, rumah ibadat, kedai dan lain-lain
- Anggota kesihatan yang memberi perawatan kepada kes disahkan COVID-19 tanpa memakai alat perlindungan diri (PPE) yang lengkap
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat.
Anda boleh mengklik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19 . Atau hubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis ( CPRC ). Selain daripada itu, lakukan kebersihan tangan dengan baik dan pakai topeng muka anda di khalayak ramai.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Untuk makluman anda, kami turut menyediakan perkhidmatan screening COVID 19, sila klik link ( Screening COVID ). Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini