
syuhada5356
5 tahun
Kram bahagian ari2 sebelah kanan
sya wanita berumur 38tahun… pertama kali membuat rawatan iui…hari kedua terasa makin sakit di bahagian kanan… seakan mahu period…saya dibekalkan duphaston… adakah di sebabkan oleh ubat tersebut

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, ubat Duphaston biasanya digunakan untuk merawat masalah:
- Sakit ketika haid
- Endometriosis
- Perdarahan diluar haid
- Gejala sebelum haid (premenstrual syndrome, PMS)
- Keguguran
- Menopause
Ubat ini boleh memberikan kesan sampingan
- Pendarahan tiba-tiba
- Lemah, pucat
- Sakit kuning
- Sakit perut
- Ruam alergik, pruritus, urtikaria
- Edema
- Anemia hemolitik/ Kurang darah
Untuk mengetahui jika ubat ini sesuai untuk anda ambil atau tidak, sila rujuk kepada pihak kami di link ini (DoctorOnCallEPharma) secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih