
Sulit
5 tahun
Krem bahagian perutperut,dlm smnggu dh
Sya brumor 32,krem perut dlm smnggu dh,haid sya normal…pling pun lwat dlm 2@3 hri…tp ni blom lwt lgilh,dlm kiraan sya,jngka haid 2.5…cuma krem ni bt sya x selesa…adakah sya hamil…xda tnda2 loya muntah,sbb 2 ank pun mmg xdavtnda2 hamil,tau lwtnsmggu trus cek,hamil…hehehe

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Terdapat pelbagai sebab untuk kesakitan di bahagian perut. Keracunan makanan dan gastrik merupakan dua sebab penyakit yang menyebabkan sakit perut.Terdapat beberapa punca yang menyebabkan sakit perut antaranya termasuk:
- Keracunan makanan – keracunan makanan adalah disebabkan oleh pengambilan makanan yang tercemar.
- Gastrik adalah disebabkan oleh kelebihan acid di dalam perut.
- Radang pankreas atau pancreatitis.
- Jangkitan paru-paru boleh menyebabkan sakit perut yang lebih sakit semasa batuk.
- masalah kesihatan pada struktur wanita (endometriosis, kehamilan, kehamilan luar rahim, ovarian cyst)
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, anda disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara atas talian. Terima kasih.