
roslinda.rrc
5 tahun
Krim Ceradan Hydra untuk merawat eczema anak
Saya telah menggunakan krim Ceradan Hydra ke atas anak saya yang berumur setahun 11 bulan. walau bagaimanapun kulit anak saya seperti mengelupas dan kering setelah 2 hari menggunakan krim tersebut. Adakah ini simptom yang normal atau krim tersebut tidak sesuai untuk anak saya?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk pengetahuan anda, ekzema boleh berlaku di mana-mana pada badan anda dan semua orang, tidak kira usia boleh menghidapinya.
Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan ekzema suar kembali. Antaranya, cuaca yang terlalu panas atau terlalu sejuk, pendedahan kulit pada bahan kimia tertentu dalam sabun mandi atau sabun pencuci. Ekzema juga boleh dicetuskan jika anda demam atau batuk.
Memandangkan krim tersebut menyebabkan kulit menggelupas dan kering, anda dinasihatkan untuk menukar pelembap krim kepada jenis yang lain kerana dikhuatiri ia tidak sesuai. Adalah dinasihatkan untuk pesakit selalu melembapkan kulit mereka dengan losyen atau emollients. Gunakan ‘cold compact’ jika anda tidak tahan gatal. Doktor anda boleh memberi anda preskripsi untuk krim atau ubat makan.
Anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.