
Sulit
4 tahun
Ksukaran mengawal tindakan semasa marah
Hi.sya msih 17 tahun brsekolah menengah.sya alami masalah sukar utk kwal amarah.kadang² bila sya marah otak sya brfkir utk buat bnda luar tindakan contohnya mncekik seseorg dan mmpunyai bayangan utk mncederakn seseorg yg sya marahkan.sya juga brsifat trtutup dan xsuka brgaul dgn orang sekeliling.sya mmpunyai rsa xprcaya kpada org sekeliling sya mahupun org yang rapat dgn sya selama brtahun lamanya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang kesukaran mengawal perasaan marah.
Setiap individu mempunyai tahap kesabaran tersendiri dalam situasi sebegini. Namun begitu, sikap marah yang berlebihan sehingga boleh membahayakan orang sekeliling adalah tidak patut dipraktikkan. Sikap marah anda mungkin berpunca daripada:
- Masalah personaliti
- Emosi stres
- Kejadian yang tidak diinginkan
- Kenangan akan kejadian yang trauma
- Masalah hormon tidak stabil
Masalah marah sebegini boleh dibendung dengan mendapatkan konsultasi kaunseling daripada pakar yang bertauliah. Saya menasihatkan anda untuk merujuk masalah ini kepada kaunselor sekolah anda bagi mendapatkan nasihat kaunseling. Anda juga boleh merujuk kepada Pakar psikiatri di hospital bagi mendapatkan pencerahan yang lebih lanjut. Jangan risau kerana masalah sebegini boleh dikawal.
Buat masa sekarang, saya menasihatkan anda untuk melakukan perkara dibawah sekiranya anda mengalami amarah yang tidak terkawal:
Belajar untuk tenangkan diri dan relaks. Cuba untuk tarik nafas dalam dalam beberapa kali sekiranya anda sedang marah
Berkomunikasi dengan lebih baik dengan orang sekeliling. Kemungkinan perkara yang anda marahkan hanyalah salah faham di antara kawan-kawan anda, jadi cuba untuk cari punca permasalahan tersebut dengan komunikasi yang baik.
Rehat sebentar. Lari sebentar daripada situasi yang anda sedang alami dan tenangkan diri supaya anda boleh berfikir secara rasional.
Ubah cara fikir. anda harus berfikir lebih panjang sebelum melakukan sesuatu di luar kawalan sehingga menyebabkan kecederaan kepada orang lain. Elakkan perkara sebegini dengan berfikir dahulu kesan daripada perlakuan itu.
Saya berharap anda dapat mengawal emosi anda dengan lebih baik. Sekiranya anda tidak dapat mengawal marah anda, keluar sekejap daripada situasi tersebut dan tenangkan diri.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.