
Sulit
5 tahun
Kuarantin sementara menunggu keputusan makmal di Hosptal Sg Buloh
Assalamualaikum Dr, suami saya telah ditahan di wad semalam di Hospital Sg Buloh selama 2 hari sementara menunggu keputusan makmal utk Covid-19.
Bagaimana sya nak tahu perkembangan suami dan bolehkah sya melaat suami di wad?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Waalaikumsalam. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Secara umumnya, hospital tidak akan membenarkan sesiapa melawat pesakit yang sedang dikuarantin di hospital. Untuk kepastian, anda boleh menghubungi pihak hospital Sungai Buloh. Untuk mengetahui perkembangan suami anda, anda mungkin boleh berhubung terus dengan suami anda melalui talefon.
Diharap suami puan baik-baik sahaja. Terima kasih
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini