Sulit
2 tahun
Kuarantin tanpa nilai bacaan ct value hasil swab sendiri
Saya berusia 32 tahun. Pada 26/9 yg lalu, saya telah membuat ujian swab kendiri(oral fluid) dan hasilnya positif(2 garis) Disebabkan masalah kewangan, saya tidak melakukan ujian swab di mana2 klinik atau hospital selepas itu. Saya terus menjalani kuarantin kendiri di rumah dan hanya mengemaskini status ujian swab di dalam aplikasi mysejahtera. Sehingga hari ini 28/9, saya masih tidak mengetahui berapakah jumlah ct value saya. Saya telah menghubungi CAC terdekat & mereka meminta saya untuk TIDAK ke lokasi bagi mengurangkan kesesakan & risiko. Untuk makluman juga, saya positif bergejala ringan. Saya dipantau melalui status HAT setiap hari di aplikasi mysejahtera.
Adakah saya masih perlu melakukan ujian swab berbayar untuk mendapatkan bacaan ct value? Kerana saya mempunyai masalah kewangan.
Bolehlah saya teruskan kuarantin kendiri tanpa mengetahui berapakah bacaan ct value saya, sehingga tarikh tamat kuarantin seperti yang ditetapkan di dalam mysejahtera saya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, CT value atau nilai kitaran ambang adalah sesuatu anggaran mengenai kesan virus dalam badan. Bagi virus Covid-19, CT value 40 ke bawah menunjukkan keputusan positif. CT value yang rendah boleh bermakna bahawa kesan virus (viral load) dalam badan adalah masih tinggi dan mempunyai kemungkinan yang tinggi untuk menyebarkan virus tersebut. Ia juga boleh bermakna bahawa jangkitan adalah dalam peringkat awal.
Untuk mendapatkan CT value yang tinggi, anda perlu sembuh daripada jangkitan virus ini. Oleh itu, kami menyaran anda merujukkan masalah ini kepada doktor dengan lanjut untuk mendapat rawatan yang sesuai.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini