
dgnadiah
5 tahun
Kuku anak tidak memanjang
anak saya berusia 8 tahun. girl. sudah sebulan kuku jari tangan tidak memanjang. pada kebiasaannya saya akan memotong kukunya pada hari jumaat. tetapi dalam tempoh sebulan ini. kuku tidak menunjukkan pertumbuhan biasa. adakah sya perlu risau. apakah yang menyebabkan hal ini berlaku? apa yang boleh saya buat.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- kekurangan zat nutrient seperti protein
- genetik
- amalan menggigit kuku akan merencatkan pertumbuhan
Oleh itu pastikan anak anda mengambil pemakanan yang seimbang.
- Vitamin B
- Biotin
- Zink
- Iron
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.