shuha8899
4 tahun
Kuku kaki menebal dan sakit
saya berumur 25, kedua ibu jari kuku saya mula menebal dan gatal. mungkin disebabkan saya pernah tersadung sebelahbkaki dan terkena kuku kaki saya… tapi adkah normal ia berjangkit kepada ibu jari kaki sebelah? dan saya juga sering gatal dan sakit bila kelihatan ada cagu. saya ada terbaca krim antibiotik seperti bactroban baik untuk merawat kulat kuku. apakah krim sebenar atau rawatan yang terbaik dan sesuai untuk merawat kuku saya ye doctor…
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala pada kuku kaki anda boleh disebabkan samada jangkitan kulat kaki ataupun kuku psoriasis. Krim anti-bakteria tidak berkesan dalam melawan jangkitan kulat. Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.