
nurul_asyikin
5 tahun
Kulat susu di lidah bayi
Bayi saya berusia 1 bulan 20 hari mempunyai kerak susu di lidah yang seakan berwarna kelabu ditengah lidah. Saya sudah cuba mencuci lidahnya menggunakan kain dan air suam namun ia tidak hilang. Apa yang perlu saya lakukan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, putih di lidah boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Akibat jangkitan kulat
- Sisa susu
Memandangkan anda telah cuba membersihkan kulat tersebut tapi tidak berhasil, maka adalah amat dikhuatiri sekiranya ini adalah akibat jangkitan. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.