
Sulit
4 tahun
Kulit berjerawat dan gatal
saya seorang wanita dan berusia 20 tahun.kulit muka saya bbreakout disebabkan period,tetapi kalini breakout agak teruk dimana jerawat naik dibahagian yang tak pernah naik seperti di kening,dagu dan leher.bahagian yang paling teruk adalah di bahagian pipi,jawline kerana jerawat tumbuh banyak dan sangat gatal,jerawat yang ada di bahagian leher pun kadang kala gatal.saya pernah membuat pembedahan untuk membuang ovarian cyst sebelum ini kira-kira dalam 3 bulan yang lepas.Mengikut kondisi kulit saya,adakah saya perlu pergi ke klinik untuk berjumpa dr atau sekadar membeli skincare sahaja sudah mencukupi?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu kulit berjerawat dan gatal. Untuk makluman anda, terdapat beberapa penyebab masalah jerawat, antaranya ialah:
- fasa akil baligh manusia
- gangguan hormon
- gangguan kelenjar sebum
- jangkitan kuman
- amalan pemakanan yang tinggi kandungan minyak
- kitaran tidur yang terganggu
- dan lain-lain
Untuk rawatan yang tepat, puncanya haruslah diketahui terlebih dahulu. Sekiranya anda ingin mencuba sebarang produk penjagaan kulit, pastikan anda berwaspada memilih bahan yang ingin digunakan (yang sesuai dengan jenis kulit anda) bagi mengelak keparahan kepada masalah ini. Akan tetapi, jika masalah masih tidak dapat diatasi, adalah lebih baik anda berjumpa langsung dengan doktor bagi mendapatkan rawatan yang lebih tepat.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Selesaikan masalah jerawat anda. Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu kondisi kulit anda!