
Sulit
4 tahun
Kulit kepala flaky dan gatal
saya gadis umur 18 tahun.saya mengalami masalah kulit kepala kemerahan dan akan gatal terutama ketika berhijab ataupun panas dan menghasilkan kepingan putih yang nampak kering dan sering gugur.ia juga ada di telinga dan bulu kening(tapi tidak gatal).rambut saya mengalami keguguran.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu masalah kulit kepala gatal. Untuk makluman gejala ini dapat disebabkan oleh beberapa penyebab, antaranya ialah:
- stres
- alahan
- kelemumur
- jangkitan kulit
- jerawat
- cuaca
- bisul
- folikulitis
- kutu kepala
Berkenaan masalah keguguran rambut anda, ianya dapat disebabkan oleh:
- Faktor keturunan
- Trauma pada kepala di bahagian rambut
- Kekurangan protein
- Pengambilan steroid
- Pengambilan ubat-ubatan seperti Methotrexate
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor untuk mengatasi keguguran rambut. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Dapatkan rambut yang sihat mulai hari ini !