
Anonymous
5 tahun
Kuman dalam darah bayi baru lahir, darah putih lebih banyak
Assalamualaikum Doktor, saya nak tanya berkaitan anak saya yang baru saja lahir. saya ada bagi susu badan masa dalam labor room, sebelum beri susu badan nurse ada beri susu yang mereka sediakan sementara tggu jahitan saya siap. mungkin bayi terlalu kenyang dia ada muntah susu banyak kali juga. saya risau dan beritahu staff nurse untuk checkup keadaan bayi. Bayi sekarang masuk wad kanak-kanak and doktor ada bagitahu yang anal saya ada jangkitan kuman dalam darah, dan darah putih terlebih banyak. saya nak tahu adakah anak saya okay and sembuh dengan cepat. saya risau keadaan dia sekarang.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Pada kebiasaannya, bayi yang baru lahir akan terus diletakkan kepda ibu untuk “skin to skin contact” dan juga penyusuan susu ibu.
Bayi anda muntah mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti terlalu kenyang, atau susu yang diberikan tidak sesuai dengannya atau terdapat masalah pada sistem pencernaan bayi anda.
Bayi baru lahir biasanya amat sensetif dan mudah terkena jangkitan kuman kerana sistem imuniti mereka yang belum matang, apabila jangkitan kuman terjadi, adalah normal untuk sel darah putih menjadi tinggi kerana sel darah putih adalah sel yang melawan jangkitan kuman tersebut.
Dengan rawatan yang terbaik dan ubat yang diberikan oleh pihak hospital, saya pasti mereka sedang cuba untuk melakukan yang terbaik bagi merawat dan menyembuhkan anak puan. Semoga anak puan segera sembuh.
Puan boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan konsultasi secara peribadi untuk nasihat lanjut. Konsultasi puan dengan doktor kami adalah percuma jika puan merupakan ahli Peduli Sihat. Terima kasih.