
Anonymous
5 tahun
Kuman dalam darah,jangkitan kuman diparu2 batok hari ke 2
selamat malam. ank sy kini dirawat di hospital kecemasan kerana batuk dan nafas y laju. doktor telah berikan oksigen xray dan ambil darah.hasil pemeriksaan doktor dapati bacaan kuman dalam darah 25% berbanding bacaan normal.sedikit kuman diparu2 dan ank tidak demam.jika sy memilih untuk merawat anak dirumah seharusnya sy memgambil risiko tersebut kerana doktor saran kan utk masuk wad.atas alasan y tidak boleh dielakan sy baru shj lepas bersalin sy terpaksa bw balik ank ke rumah. apakah kaedah dan langkah2 serta ubat ubatan y sy perlukan bg merawat anak? sekian pertanyaan sy terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Anda dinasihatkan untuk mengikuti nasihat doktor hospital kerana tindakan tidak memasukkan anak anda ke dalam wad mungkin akan menambah teruk kesihatan anak anda. Anak anda kini sudak terdapat jangkitan kuman dalam darah, dan ini adalah dikenali “sepsis” yang boleh menyebabkan kegagalan seluruh organ sekiranya tidak dirawat dengan teliti. Kesukaran anda disebabkan baru sahaja selepas bersalin amat difahami, namun risiko terhadap nyawa anak anda kini mungkin terancam sekiranya anda memutuskan untuk membawanya ke rumah. Sekian.