
Anonymous
6 tahun
Kurap di bahagian kemaluan
Saya wanita berusia 26 tahun.Saya mula mendapat penyakit kurap semasa mengandungkan ank ke dua sya pada 5 tahun yang lalu.Saya makan ubat dan ianya akan memberu kesan sekejap sahaja …kurap hilang…Apabila sya tidak mengambil ubt ianya akan datang kembali.saya tidak pernah berjumpa doktor dan hanya membeli ubt di farmasi sejak 2 tahun kebelakangan ini…Sebelum ini sya hanya menyapu krim di bahagian yang di jangkiti kurap.Sejak akhir2 ini ianya semakin gatal dan sya tidak membeli ubt lagi di farmasi…Ingin berjumpa dengan doktor tapi saya malu…bolehkah saya mendapatkan suntikan untuk penyakit ini?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Untuk makluman pihak anda, untuk merawat masalah kulit seperti kurap, puan amat disarankan untuk merujuknya kepada doktor. Pertamanya adalah untuk mengetahui adakah masalah kulit tersebut benar-benar kurap atau masalah lain. Kedua, dengan mendapatkan nasihat doktor, anda akan disarankan dengan ubat yang sesuai, kemudian pemantauan terhadap keberkesanan ubat tersebut boleh dilakukan. Sekiranya tidak sembuh, rawatan lain yang lebih sesuai boleh diberikan.
Puan boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Puan tidak perlu risau kerana puan boleh memilih untuk bercakap secara chat, video atau telefon. Privasi puan juga akan kami lindungi. Harap membantu. Terima kasih.