
Sulit
4 tahun
Kutil dan sakit tekak
Saya lelaki berumur 18thn saya terkena kutil di bahagian leher dan saya memutuskan kutil itu selepas beberapa hari leher saya menjadi sakit selepas seminggu tekak saya pula menjadi bengkak dan di bahagian leher yang terkena kutil yang telah di putuskan itu bila saya menjerit ataupun menahan nafas ada gelembung di bahagian leher saya.kenapa ya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit pada tekak dan leher. Berdasarkan keterangan anda, masalah tersebut boleh berpunca daripada pelbagai perkara, antaranya ialah:
- jangkitan kuman pada kulit - keradangan kulit yang berlaku setelah memutuskan kutil, jangkitan daripada alat/tangan yang kurang bersih
- Radang tekak: penyakit “pharyngitis”faringitis bakteria menyebabkan radang tekak. Penyakit ini disebabkan oleh bakteria “streptococcus” dan kerap mengakibatkan sakit tekak. Jaringan tisu dan struktur di sekitar ‘pharynx’ atau tekak akan mengalami jangkitan dan keradangan.
- Radang tonsil
- Pembesaran kelenjar ludah- mumps
- Kanser- kanser mulut, tekak, dan pita suara. Kanser darah putih (leukemia), payudara atau paru-paru juga boleh menyebabkan benjolan di leher. Tabiat merokok dan minum alkohol adalah risikonya.
Dapatkan kelegaan tekak dan lalui hari anda dengan ceria.
Untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan yang tepat terhadap masalah yang anda hadapi, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini lebih lanjut secara langsung dengan doktor di klinik/hospital berdekatan bagi mendapatkan kesimpulan yang lebih sempurna. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Pakar sakit telinga, hidung dan tekak boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.