
Sulit
3 tahun
Labia minora melekat
Assalamualaikum dan selamat sejahtera doktor. Saya ingin bertanyakan soalan tentang labia minora yang melekat pada labia majora. Anak saya berumur setahun enam bulan…saya dapati labia minoranya melekat pada labia majora. Perlukah dirawat atau ianya tidak mendatangkan apa-apa kesan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala ini amat umum untuk bayi perempuan bawah umur 2 tahun. Kebanyakkan, sekurangnya 80 peratus antara mereka akan pulih dalam jangka masa 1 tahun atau setelah akil baligh bermula. Biasanya, ia tidak akan mempengaruhi kesihatan anak anda dan jarang bergejala.
Sekiranya anak anda sering mengalami alahan pada kemaluannya, kemerahan, kegatalan, sakit dan lain, sila merujuk kepada doktor untuk mengatasi masalah ini.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi doktor anda atau menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Kanak-Kanak.