
Sulit
4 tahun
Labial fusion, lubang vagina tertutup
Anak saya umur 1 tahun 8 bulan, mengalami vagina bercantum, 2 bulan lepas dah buat di hospital, doktor guna cotton bud and vaseline untuk pisahkan kulit yang menutup lubang vagina… Sekarang nie vagina anak saya macam nak tertutup semula, boleh ke kalau saya guna premarin cream untuk buka kan semula kulit yang bercantum tue?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Anda tidak disarankan untuk menggunakan krim yang anda nyatakan kerana krim tersebut mempunyai estrogen yang boleh mendatangkan komplikasi kepada bayi anda. Anda boleh pergi ke klinik berdekatan untuk mendapatkan rawatan yang lebih sesuai dan selamat untuk bayi anda.
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.