
Sulit
4 tahun
Lactose interlorance maybe?
Saya pelajar yang berusia 19tahun(2021). Saya dari kecik lagi Saya peminat susu tegar dari susu dutch lady sampailah ke susu segar macam susu kambing. Pada bulan 12 tahun lepas, Saya mula mengalami cirit birit apabila consume susu dan makan cheese. Saya ingat normal. Bila Saya tanya family Saya diorang kata kemungkinan Saya lactose interlorance sebab any kind of dairy products Saya Tak boleh consume. Adakah Saya lactose interlorance? Apa patut Saya buat? Ada ubat Tak?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Untuk pengetahuan anda, lactose intolerance tidak mempunyai rawatan khusus atau penawar. Namun anda boleh mengawalnya dengan melakukan beberapa perkara di bawah:
- Mengurangkan atau mengehadkan pengambilan produk tenusu
- Menggunakan produk atau mengambil makanan bebas laktosa
- Menggunakan makanan yang boleh menggantikan nutrisi yang terdapat di dalam produk tenusu
- Mencuba pelbagai produk tenusu untuk mencari produk yang sesuai untuk anda
Walaupun begitu, sukar untuk kami katakan sama ada anda mengalami masalah lactose intolerance ataupun sebab lain kerana pemeriksaan lanjut perlu dilakukan. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.