
Sulit
3 tahun
Lakukan ujian sendiri guna home saliva test kit
Sy dan ibu merupakan close contact kepada adik saya yg positive covid 19.Sehingga kini kami tiada apa2 simptom dan kkm pon masih belum hubungi adik saya.Oleh kerana sy ada kekangan untuk pergi klinik sendiri (tiada siap nak bwak pergi klinik)boleh ke saya dan ibu saya hanyamenggunakan test kit ?

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami anda dan ibu anda ialah kontak rapat adik anda yang merupakan pesakit Covid-19. Untuk makluman anda, ujian swab untuk Covid-19 pada masa kini hanya dijalankan atas individu yang bergejala sahaja. Kontak rapat yang tidak bergejala perlu menjalankan kuarantin di rumah dan membuat pemantauan kesihatan kendiri setiap hari untuk tempoh kuarantin.
Memandangkan anda mempunyai kekangan untuk mendapatkan ujian swab di klinik, anda boleh menggunakan kit ujian kendiri untuk dilakukan di rumah. Sekiranya keputusan ujian tersebut ialah positif, anda dikehendaki untuk menghubungi CAC berdekatan dengan anda dan mengemas kini maklumat pada aplikasi MySejahtera.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian sekiranya anda memerlukan nasihat lanjut.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini