Sulit
5 tahun
Lambat period lebih 5-6 bulan dan darah period berwarna coklat/gelap
Saya remaja perempuan ber umur 17 tahun. Pertama kali saya period adalah pada akhir tingkatan 3. Sejak itu sehingga sekarang period saya agak tidak teratur. Selalunya period datang lambat. Dan kadang-kadang tempoh period sekejap sahaja dalam 4-5 hari dan kadang kala selama 10-11 hari. Saya last period dalam 27/28 Jun 2020. Selepas itu, sampai lah 10 Disember 2020 saya tak period lagi. Tapi malam 10 Disember tu saya rasa saya period cuma bila saya check darah period saya berwarna coklat dan sedikit je. Selain itu, bahagian rahim terasa sakit seperti senggugut dan pinggang juga terasa Sakit. Untuk lifestyle saya, disebabkan saya student jadi saya selalu juga ambil minuman berkafien dan waktu tidur juga tak tentu sebab saya banyak stay up untuk belajar.
Saya nak tanya doc tentang masalah haid saya ni. Mengapakah haid saya jadi tidak teratur dan keluar darah berwarna coklat? Adakah itu masih dikira period? Jadi adakah saya perlu mandi wajib seperti period biasa dan macam mana saya nk tahu period tu dh berhenti? Lagi satu, dalam family saya ada yang pernah menghidapi ovarian cysts. Adakah saya berpotensi untuk menghidap penyakit itu juga?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, gejala kitaran haid yang tidak teratur merupakan satu perkara yang biasa dialami oleh segolongan wanita yang sihat dan tanpa penyakit reproduktif yang serius. Namun, ia juga boleh menandakan penyakit-penyakit berbahaya yang boleh merosotkan kesihatan seksual serta kesihatan am anda.
Untuk makluman anda, masalah haid tidak teratur pada biasanya boleh disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon yang boleh dipengaruhi oleh faktor-faktor am seperti terlebih senaman, pemakanan dan juga gangguan stress. Namun, ia juga boleh disebabkan oleh beberapa penyakit seperti:
- Penyakit sista ovari ( Polycystic Ovarian Syndrome ) yang boleh mengganggu hormon kitaran haid
- Ketumbuhan polip atau fibroid
- Kanser ovari
- Penyakit keradangan pelvis yang boleh disebabkan oleh jangkitan STI ( Sexual transmitted infections ) seperti bakteria, HIV, HPV, Sifilis dan juga kulat.
- Ketumbuhan tisu rahim pada luar organ rahim ( Endometriosis )
- Kehamilan atau kehamilan ektopik. (Haid tidak teratur, kemudian tidak datang haid selama 9 bulan)
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Tompokan darah berwarna kehitaman atau keputihan coklat selalunya boleh disebabkan oleh darah haid yang beku yang tertakung dalam rahim dari kitaran haid terlepas. Namun, sekiranya ia berbau busuk, ia lebih tercederung atas sebab jangkitan STI atau keradangan ruangan pelvis ( PID ) seperti yang diperihalkan di atas. Kami sarankan anda untuk memantau simptom-simptom lain seperti:
- Senggugut atau sakit perut bahagian bawah pusat yang tidak bekait dengan kedatangan haid
- Lendiran atau keputihan berwarna lain
- Kegatalan pada alat sulit
- Keruaman
- Masalah pembuangan air kecil (UTI).
Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda bagi mengenalpasti punca masalah yang anda hadapi agar mengelakkan perkembangan penyakit yang anda hadapi setelah dikenalpasti.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!


























