
cikgubiskutttmas
5 tahun
Langkah pencegahan penularan wabak covid19
Anak saya umur 8 tahun ,lelaki, bersekolah di sekolah swasta. Pada tarikh 28 mac, salah seorang gurunya telah didapati positif covid19, kami telah
diambil data spt no tel, alamat rumah utk diserahkan kepada pihak sekolah, adakah anak saya dikatakan kontak rapat?perlukah saya menelefon pihak pks atau tunggu saha?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda.
Definisi kontak rapat adalah, berhadapan selama sekurang-kurangnya 15 minit atau berada di dalam bilik yang tertutup sekurang-kurangnya 2 jam bersama dengan individu yang disahkan positif.
Melalui penerangan di atas, saya sarankan untuk anda menunggu sekiranya ada dihubingi oleh pihak hospital. Selain itu, saya amat menyarankan supaya anda mengawasai gejala seperti yang berikut:
Demam (lebih dari 37.5 celcius)
Batuk
Sesak nafas
Sakit badan
Amalkan langkah pencegahan berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia seperti berikut:
Mencuci tangan dengan sabun dan air.
Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan Coronavirus
Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin dan buang tisu ke tong sampah
Cuci permukaan objek atau barangan secara berkala.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Di kesempatan ini juga saya ingin mengingatkan anda untuk tinggal di rumah seperti yang diarahkan oleh pihak berkuasa dan hanya keluar sekiranya perlu. Dengan kerjasama semua pihak, saya berharap wabak ini dapat dibendung sebelum ianya bertukar menjadi lebih parah. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini