
Sulit
5 tahun
Langkah yg perlu diambil untuk betul2 yakin
Anak saudara saya adalah pelajar madrasah dimana tukang masaknya positif covid-19 dan telah didapati beberapa orang yg lain juga positif. Suami telah membawanya pulang tetapi sebelum itu telah ke kk kota damansara untuk membuat ujian saringan. Tetapi tiada menampakkan apa2 gejala… Khari ke 3 dia dirumah… Suami sekali lagi telah ke hospital selayang untuk membuat ujian saringan. Tetapi merka kata yg btl2 ada gejala shj yg perlu membuat ujian
. Jado… Suami dan ank. Saudara duduk. Dirumah shj… Saya dan anak2. Saya perlu duduk di rumah kakak sementara… Apa yg perli saya lakukam setrrusnya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan anda. Buat masa sekarang, anak saudara anda cuma perlu memantau simptomnya untuk sekurang-kurangnya 14 hari. Suami anda dan anak saudara anda boleh mengambil langkah pencegahan berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia seperti berikut:
- Mencuci tangan dengan sabun dan air.
- Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
- Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan Coronavirus
- Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
- Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
- Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin dan buang tisu ke tong sampah
- Cuci permukaan objek atau barangan secara berkala.
Anda dan anak-anak anda boleh mengambil langkah berjaga-jaga dengan teruskan menetap bersama kakak anda buat sementara waktu atau kembali ke rumah anda. Hal ini kerana anak saudara anda bukan positif COVID-19. Sekiranya anda mengambil keputusan untuk kembali ke rumah, anda harus mengambil langkah pencegahan yang disarankan juga untuk dipraktikkan.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Di kesempatan ini juga saya ingin mengingatkan anda untuk tinggal di rumah seperti yang diarahkan oleh pihak berkuasa dan hanya keluar sekiranya perlu. Dengan kerjasama semua pihak, saya berharap wabak ini dapat dibendung sebelum ianya bertukar menjadi lebih parah. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini