
faizsalehin
4 tahun
Latent Phase of Labour 5hari belum bersalin
SUDAH 5 HARI BELUM BERSALIN
Isteri saya umur 32 thn. Kandungan pertama.
Keluar darah pada hari ahad.bukaan 2cm. setelah 5 hari belum ada tanda2 untuk bersalin.
Tiada sakit, pergerakan kandungan normal.
doktor beri tempoh 12hari untuk IOL
adakah ia normal?
apa yag harus dilakukan?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Secara amnya, latent phase boleh mengambil masa berhari ataupun berminggu sebelum active labour berlaku. Latent phase akan lebih lama jika kehamilan kandungan pertama. Ia adalah normal dan doktor akan melakukan pemeriksaan dari masa ke semasa untuk melihat cervical dilatation.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.