Sulit
3 tahun
Lazy eyes / Uneven eyelids
Apakah punca? Cara memulihkan semula kedaan mata?
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah lazy eye boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah kongential sejak lahir akibat masalah saraf yang berfungsi mengangkat kelopak mata
- Genetik
- Lazy eyes
- Otot pengangkat kelopak mata koyak akibat pembedahan, akibat gesekan mata terlalu kuat atau penggunaan lensa kontak
- Akibat trauma
Memandangkan gejala ini telah berlangsung sejak sekian lamanya, dan dapat menganggu kesihatan mata anda secara fungsional mahupun kosmetik, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Berbincanglah dengan doktor anda tentang diagnosis pasti dan ubat lain yang sesuai serta peluang untuk sembuh. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.