
Sulit
5 tahun
Lebam di bahagian badan
suami saya mengalami lebam2 di bahagian belakang badan serta abdomen bahagian depan. lebam kelihatan biru gelap. adakah terkait dengan penyakit apa2? sudah kerap suruh ke klinik check up pun masih tak mahu. .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kerap lebam boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- akibat kecederaan
- masalah perdarahan
- masalah kekurangan vitamin
- akibat ubatan
- penyakit hati
- akibat penggunaan alkohol
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.