
Sulit
3 tahun
Lebam di kaki kanak kanak
Doc,anak saya berusia 4tahun… saya perasan sejak bulan april ada kesan lebam biru di kaki (betis)…lebam² kecil…lebam itu akan hilang dalam masa 3,4hari…selepas itu akan timbul lebam balik di kawasan yang berdekatan… lebam hanya di kaki… di badan atau tangan tidak pernah ada kesan lebam… adakah ini bahaya…ini sangat merunsing kan… Untuk pengetahuan doc, anak saya sangat lasak dan aktif… selera makan pun tak berubah… anak saya cuma ada masaalah resdung…dia kerap bersin waktu pagi…saya sangat risaukan kesan lebam di kaki dia…memandangkan keadaan covid yang semakin meningkat menghadkan pergerakan untuk saya ke hospital

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami sangat memahami kegusaran dan kekhuatrian anda berkenaan gejala lebam pada kaki anak anda.
Umumnya gejala seperti yang dinyatakan itu boleh disebabkan oleh:
- Perdarahan yang berlaku di bawah lapisan kulit
- Bengkak yang lambat pulih
- Kerapuhan sistem vaskular
- Kesan sampingan ubat
Selain itu, gejala yang disebutkan itu boleh disebabkan oleh masalah yang serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Disseminated intravascular coagulation
- Thrombocytopaenic purpura
- Tanda-tanda jangkitan demam berdarah denggi
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.