Anonymous
7 tahun
Leher bengkak di bahagian tengah
Saya wanita dalam 20an. Saya telah ditegur oleh kawan saya kerana leher saya kelihatan lain, iaitu bengkak. Pada waktu itu saya berpendapat berat badan saya naik dan mungkin lemak di bahagian leher saya bertambah. Selang seminggu kawan saya yg lain telah video call saya & perasan leher saya semacam dan saya pun memeriksa kembali leher saya. Dan saya pun telah sedar leher saya bengkak tapi tidak mempunyai sakit apa2.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
7 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Masalah bengkak pada leher boleh berlaku kerana:
- Masalah tiroid goiter (hiper atau hipo-tiroid)
- Thyroglossal cyst (Sist tiroglossal)
- Radang nod limfa
- Sist brankial (Branchial cyst)
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.






























