
Sulit
4 tahun
Leher sebelah kiri yang terasa tegang
Saya wanita berumur 23 tahun. Bulan lepas saya diserang sakit gastrik kerana selepas makan terus muntah lalu saya dah consume ubat gastrik acidic selama dua minggu dan ubat omeprazole selama seminggu. selepas itu saya telah terkena jangkitan kulit impetigo dan sekarang saya tengah makan ubat antibiotik serta ubat sapu fobancort cream. sejak saya mula makan ubat gastrik lagi kadang kadang leher sebelah kiri terasa tegang seperti nak muntah. jika semasa saya consume ubat gastrik dulu apabila leher tegang saya mesti muntah. tapi sekarang saya ada lagi rasa leher seakan tegang sebelah kiri dan tidak selesa ketika duduk. adakah ini kesan sampingan ubat atau saya tersalah cara baring ataupun ada sakit lain?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- jangkitan kuman pada otak (meningitis) yang lazimnya ada demam tinggi
- ketegangan otot terutamanya bekerja di hadapan komputer untuk jangka masa yang lama
- tersalah postur terutamanya apabila tidur
- masalah tulang belakang seperti cervical disc herniation
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, gejala yang anda nyatakan adalah kurang jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih