
Sulit
4 tahun
Leher tk bengkak tapi rasa mcm sesak nfas
Sy pnderita hprtiroid tapi lher tak bengkak…sy juga sering alamai sesak nfs.memangnya kenapa ya doc?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, gejala hipertiroid ini melibatkan rembesan hormon tiroid yang berlebihan dan tidak kawal ke dalam salur darah badan kita dan menyebabkan metabolisma badan menjadi tidak terkawal. Hormon tiroid ini berfungsi untuk mengawal metabolisma badan serta mengawal kadar degupan dan kekuatan jantung kita. Oleh itu, hormon tiroid berlebihan akan menyebabkan degupan jantung tidak terkawal dan menjadi laju, dan perkara ini dengan tidak sengajanya boleh menyebabkan sesak nafas.
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Selain itu, hormon tiroid ini juga mempengaruhi sistem simpatetik salur penafasan anda dan jika tidak terkawal, boleh mengganggu kelancaran salur pernafasan anda secara langsung. Oleh itu, sakit dada dan sesak nafas adalah perkara yang biasa berlaku pada pesakit hipertiroid ini. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor anda mengenai gejala sesak nafas dan hipertiroid ini dan mendapatkan rawatan terkawal untuk kesihatan tiroid yang perlu dipantau oleh doktor anda.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi