
Sulit
4 tahun
Lelangit saya luka. Apakah yang harus saya lakukan?
Saya wanita dalam 19 tahun , mengalami lelangit luka selama 3 hari. Bagai mna cara nya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi iaitu luka pada lelangit. Untuk makluman pihak anda, terdapat pelbagai penyebab lelangit luka antaranya:
- Ulser
- Luka akibat terkena makanan
- Kekurangan air (dehidrasi)
- Jangkitan mulut
Biasanya luka pada lelangit ini boleh sembuh dengan sendiri dengan rawatan sendiri di rumah seperti minum banyak air, elakkan makanan pedas dan keras serta menjaga kebersihan mulut.
Untuk mengetahui punca masalah luka pada lelangit yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Jawapan ini hanyalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi berikutan maklumat terhad yang anda berikan. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih
Dapatkan penjagaan terbaik untuk kesihatan mulut anda. Kerana senyuman anda begitu berharga.