
Sulit
3 tahun
Lemah dan selalu letih
Saya wanita 40…saya telah berhenti makan ubat steroid sebulan lepas…tetapi saya masih lagi berasa lemah,lesu,x bermaya,sakit sendi,sakit kepala dan kadang kadang hilang selera…mata saya juga rasa x selesa…
Saya mkn steroid kerana CGM…dos saya pada mulanya ialah 8bj 2kali sehari…dan last dose 1 biji 2 kali sehari…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala anda mengalami tersebut, lemah, kelesuan, kurang bermaya, sakit sendi, sakit kepala, kurang selera dan mata tidak selesa boleh disebab oleh tanda penarikan steroid. Kejadian ini biasanya boleh berlaku setelah pengambilan ubat steroid melebihi 2 minggu serta berhentikan ubat steroid dengan pantas.
Namun, sebab fungsi penyesuaian tubuh untuk setiap individu adalah berbeza, rancangan pengurusan, dos dan jangkan masa untuk berhentikan ubat steroid, perlu diubah suai dengan sewajarnya. Jangka masa diambil biasanya adalah dalam 2 minggu hingga 8 minggu, kadang kala sebanyak berbulanan.
Oleh itu, anda perlulah merujukkan perkara ini kepada doktor anda dengan lebih lanjut untuk bincang semula rancangan rawatan anda, mengurangkan dos steroid anda secara perlahanan untuk mengurangkan kesan penarikan steroid serta gejalanya.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Perubatan kami.