
Sulit
2 tahun
Lendir berdarah dan sakit tekak
Saya seorang gadis berusia 29 tahun. Tidak mempunyai masalah kesihatan. Tetapi, pada setiap pagi sering terasa ada seperti lendir di tekak dan hidung saya. Apabila dikeluarkan lendir tersebut bercampur kadangkala bercampur dengan darah atau berwarna kuning cair.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah lendir berdarah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Luka pada tekak akibat batuk berlebihan
- Luka daripada rongga hidung mengalir ke tekak
- Jangkitan paru-paru
- Terdapat masalah pembekuan darah / darah cair
- Pendarahan di dalam rongga paru-paru, saluran pernafasan atau perut
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.