
Sulit
3 tahun
Lendir coklat dari awal datang period sehingga sekarang
saya wanita dalam 20an…period saya selalu teratur dan waktu untuk period just 7@8 hari saja…tapi baru nie saya ad ambil ubat untuk ekzema…selepas ambil ubat,period saya keluar lendir coklat dari awal period 22/9/2021 sehingga sekarang 1/10/2021 dan lebih dari 7hari dari waktu. adakah ia disebabkan hormon saya ad gangguan kerana ubat-ubatan atau ada sebab-sebab lain…??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Kontraseptif hormon: Pil kontraseptif atau IUCD
- Gangguan stress
- Hormon yang tidak stabil
- Penggunaan ubat tertentu
- Masalah kesihatan - sindrom ovary polycystic (PCOS) atau masalah tiroid
- Penebalan atau polip pada lapisan rahim dan fibroid rahim
Anda perlu bimbang sekiranya:
- ia mengganggu rutin harian anda
- terdapat gejala yang membimbangkan di luar normal
- perubahan tubuh yang dirasakan secara drastik
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan