Sulit
3 tahun
Lendir coklat / hitam yang keluar setelah beberapa hari selesai haid , haid pun tidak teratur kadang cepat kadang lambat
saya wanita dalam 17tahun mempunyai masalah keluar lendir coklat walaupun sudah haid dalam beberapa hari yang lepas , sebelum ni hanya keputihan dan tiba tiba skrng keluar lendir coklat
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Polip atau fibroid rahim
- Endometriosis atau adenomyosis
- Sindrom polisistik ovari
- Jangkitan kelamin (sexually transmitted diseases)
- Radang organ pelvis (pelvic inflammatory diseases)
- Stress atau tekanan emosi
- Ubat-ubatan
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda. Selain dari itu, darah haid juga berbeza warnanya. Ia boleh menjadi merah pekat sehingga coklat kehitaman.
Sebagai maklumat tambahan, kitaran haid seorang wanita yang normal adalah di antara 21 hingga 34 hari dan tempoh aliran atau pendarahan pula di antara 2 hingga ke 7 hari. Anda juga digalakkan untuk merekod kitaran haid anda supaya ia boleh menjadi rujukan anda dan doktor pada masa hadapan.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.