
Sulit
3 tahun
Lendir darah ketika hamil trimester kedua
Hi doctor. Saya pregnant 24w, kelmarin ada travel KL-sabah namun semua nya ok dlm penerbangan. Mlm nya, anak 5 tahun terlanggar perut. Pagi esok nya, lendir darah keluar ketika bangun pagi, tiada disertai cramp atau lain2. Beberapa hari sblm, ada keputihan keluar berwarna sedikit coklat namun sdh semakin berkurang.
Sy risau keadaan kandungan, namun bby masih bergerak aktif. Apakah sy saya perlu buat doktor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Antara sebab pendarahan berlaku adalah :
- Ancaman Keguguran : antara simptom ancaman keguguran termasuklah pendarahan yang sedikit berserta sakit di bahagian rahim ataupun tiada sakit. Doktor akan melakukan ultrasound dan pemeriksaan faraj untuk memastikan sekiranya keguguran berlaku.
- Perubahan pada serviks : perubahan hormon yang berlaku pada seseorang ketika mengandung boleh menyebabkan perubahan pada permukaan serviks. Serviks menjadi leboh lembut dan lebih mudah untuk berdarah.
- Jangkitan kuman : pendarahan juga boleh disebabkan oleh jangkitan kuman pada faraj wanita. Biasanya ia akan diiringi cecair lendir yang tidak normal.
- Placenta previa : merupakan satu kondisi dimana uri berada di bawah berdekatan dengan serviks. Simptom pendarahan tanpa sakit biasanya mula berlaku seawal minggu ke-20 kandungan.
Bagi mengelakkan pendarahan terus berlaku, Puan dinasihatkan untuk :
- Mengurangkan aktiviti lasak
- Banyakkan berehat
- Hadkan pergerakan
Saya menasihatkan Puan agar segera ke Hospital berdekatan untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut tentang kondisi kandungan Puan.
Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan