
amatabd033
5 tahun
Lendir jernih keluar dari dubur
anak ada mengalami sakit perut… dah pergi hospital… check air kencing ok… lastly doktor cakap masuk angin… so makan ubat ikut nasihat doktor. skrg ni kadang anak saya mengalami lendir jernih keluar dari dubur… tetapi tiada darah

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah usus tidak selesa (Irritable Bowel syndrome)
- Penyakit Radang usus (Inflammatory Bowel Disease)
- keracunan makanan
- ketumbuhan pada usus (namun jarang berlaku pada kanak-kanak)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.