
nurafiqah_hidaya
5 tahun
Lendiran berwarna coklat di panty
Sy mangandung 11 minggu. Sehari lalu sy prasan ada lendiran coklat kat panty sy. 3/4 drpd area panty tu. Then esoknya… lendiran beransur kurang. Mcm setitik dua mcm tu. Sy xda rasa sakit perut or cramping. Adkah ini di panggil spotting? Adakah ianya normal utk ibu diawal kehamilan. Tlg jwb ya. Tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Pendarahan implantasi kehamilan (yang mungkin anda hadapi)
Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Perimenopaus
Tisu endometrium
Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Namun, jika anda mengalami gejala seperti sakit pinggang, demam, pendarahan yang banyak dan berketul-ketul, sila dapatkan rawatan dengan segera.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.