
Anonymous
6 tahun
Lendiran coklat ketika hamil
Salam doktor… sy berumur 27 thn… tarikh akhir first period sy 1/4/19… sepatutnya sy period pd 2/5/19 tapi saya tak period sampai la semalam 10/5/19 keluar lendiran mcm keputihan berwarna coklat… sy dah banyak kali test upt spanjg sy lewat period… dan naik dua line… dua line dah nampak terang start dari 8/5/19… skrg sy risau bila tbe2 keluar lendiran coklat itu… masih selamat ke kandungan sy? Terima kasih doktor… sy dah kemurungan dari smlm… sy ada buat ujian upt dri smlm dan harini 11/5 masih naik dua line tp hati sy masih xok…

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Untuk maklumat anda, lendiran coklat atau pendarahan sedikit seperti yang anda ceritakan boleh disebabkan oleh banyak perkara, antaranya:
Pendarahan implantasi kehamilan
Pengambilan pil perancang kehamilan boleh menyebabkan spotting
Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.