
zarilizzham
5 tahun
Lengah pada bahagian sendi secara berperingkt
Sejak beberapa hari ini saya berasa pelik dan aneh apabila saya berasa lengah pada setiap sendi secara berperingkt namun saya risau dan sblum ini saya telah berjumpa dngan Dr di klinik kesihatan dan saya dinsahkan normal tapi saya risau Dr adakah saya akan terbabit dngan covid-19

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- osteoartritis
- rheumatoid artritis
- kekurangan zat besi
- osteoporosis
- gout
sakit sendi semata-mata tanpa batuk, demam, kesukaran bernafas bukanlah merujuk kepada COVID-19. Tambahan pula, jika anda tiada sejarah perjalanan ke luar negara dan kontak rapat hal ini lebih menguatkan fakta tersebut.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.