
Sulit
4 tahun
Lenguh pada bahu dan lengan
Saya kerap berasa lenguh pada bahu dan lengan sebelah kiti. Ianya menggangu saya untuk tidur

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah otot
Sindrom tendonopati iaitu kelainan rasa sakit dan biasanya bengkak pada tendon bahu akibat penggunaan berlebihan yang timbul terutamanya saat mengangkat barang atau beban
Subacromial bursitis keradangan bursa bahu. Bursa adalah merupakan kantung cairan yang berfungsi seperti kusyen diantara tulang bahu
Adhesive capsulitis adalah keradangan kapsul bahu iaitu sejenis tisu yang membungkus daerah bahu
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.