
Sulit
4 tahun
Lenguh tangan selepas leher sakit akibat salah tidur
Tgn sy lenguh dh 3 hari selepas leher sy sakit akibat salah tido… Lenguh yg teramat lenguh bila wktu tgh mlm dgn bngun tido… Dan satu jari sy yg sakit tiba2 sejuk dan jari lain tk sejuk pun cuma satu jari… Adakah sy prlu prgi ke hospital atau tunggu lgi seminggu?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Gejala yang anda alami dapat dikaitkan dengan pelbagai masalah atau gangguan, sehingga ia memerlukan pemeriksaan yang lebih komprehensif bagi menetukan rawatan yang terbaik.
Sakit leher boleh disebabkan oleh perkara ini:
- Sendi leher terseliuh (baca: joint sprained)
- Ketegangan otot leher (baca: muscle contraction)
- Kemampatan cakera intervertebral
Namun gangguan jari yang dialami boleh dikaitkan dengan maslaah yang lebih serius, seperti:
- gangguan saluran darah (baca: peripheral vascular disease )
- gangguan otot & saraf
- ataupun gangguan integumen (baca: integumentary disorder)
Anda disarankan untuk segera ke klinik atau hospital untuk mengenal pasti gangguan pada jari dan leher anda. Sila perhatikan sekiranya terdapat kelainan yang lain juga seperti:
- perubahan warna jari
- sakit yang berdenyut / tiba-tiba
- peningkatan intensiti, frekuensi & durasi gejala
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Neurosurgeon kami sedia membantu.