Sulit
6 tahun
Lepala terasa saki dan pening dan kaki dan tangan lenguh
Saya lelaki 20 tahun terasa lenguh di kaki dan lengan terasa pening dan loya takde selera makan dan bangun pagi terasa pening dan ingin pitam
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah pening kepala hingga hendak pitam ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- dehidrasi
- tekanan darah rendah
- kurang kandungan darah merah
- kurang kandungan gula dalam darah
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih


































